Butik Ar-rA
(Ayien-Raimi Radiance Apparel) menitikberatkan fesyen yang terkini dan mengikut arus masa. Disamping cuba untuk memilih fesyen yang tidak keterlaluan dan menutup aurat. Butik ini dikendalikan oleh Puan Ayien sendiri. Minat beliau
dalam mengusahakan butik ini sudah mula dipupuk semenjak tahun 1996 lagi
dimana beliau telah bermula dengan 50 pasang baju batik dan menyewa
disebuah kedai milik sahabatnya iaitu Zie's Hair Stylist & Dress maker, Melawati, Selangor.
Kini, Butik Ar-rA telah mampu
menerima tempahan jahitan baju pelbagai fesyen lengkap dengan sulaman manik dari tukang jahit
VVIP. Kami juga menerima tempahan jahitan manik dari butik-butik lain, fashion designer (busana
pengantin / pertunjukan pentas) dan orang-orang persendirian. Segala rekaan serta jahitan manik
adalah dari ilham pemilik sendiri.
Butik Ar-rA juga mempunyai perkhidmatan sulaman mesin.
Kami menerima tempahan nametag, logo-logo syarikat, sulam baju kurung dan baju
kebaya. Kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga kami juga sedang mencari
pemborong atau butik-butik yang berminat untuk menjualkan barang-barang sulaman
kami seperti tudung bawal sulam batu / manik, tisu cover, terompah
bersulam/bermanik.
Butik Ar-rA juga menyediakan perkhidmatan menyewa baju-baju pengantin lelaki dan perempuan
serta baju-baju persalinan juga disediakan. Make up pengantin serta mini pelamin/pelamin tunang ataupun pelamin interior sahaja. Kebanyakkan projek kami adalah pengantin muslimah.(Tempahan baju, make up simple, makan beradab dan pelamin untuk ahli keluarga bergambar).
Dalam bidang andaman
pengantin, segala kelengkapan perkahwinan disediakan dari menyewa barangan kecil
seperti dulang hinggalah ke kelengkapan yang lebih besar seperti pintu gerbang
dan pelamin.
Jika diperhatikan di setiap sudut Butik Ar-rA ini
dihiasi dengan puisi-puisi yang diilhamkan oleh pemiliknya sendiri, Puan
Sharinor atau lebih dikenali sebagai Ayien yang merupakan penulis skrip drama
dan filem tempatan sambilan. Antara skrip yang pernah tersiar ialah Rumah Itu
Duniaku TV3, Retak RTM2, Sinar Kasih TV3, Satu Dinding Dua Penjuru RTM1, Ghazal
Untuk Rabiah Filem dan yang terbaru Hero Komik di RTM2.
No comments:
Post a Comment