Wednesday, October 10, 2012

Tempahan Baju kurung & Baju Pengantin

Contoh tempah dan veil, menggunakan teknik patching dan batu swaroski

Contoh tempah dan veil menggunakan patching lace.

Terima kasih Iza atas kerjasama anda! Ini adalah contoh baju tunang yang menggunakan teknik "Patching" dari Butik Ar-rA...
Baju kurung pesak gantung

 Offer! Baju kurung tempah siap kain + tempah + manik = RM280
Dress + manik full

Stock Clearance - Baju Pengantin untuk Dijual


AR 384-7 Baju Vietnam lengkap dengan topi

AR 384-8 Baju Blazer sz S/M + songkok

Veil dari (merah cili, cream, maroon n hitam)
AR 384-1 sz M/L with corset shantung








AR 384-2 sz M/L with corset  n veil
AR 384-5  with corset n belt


AR 384-3 sz S/M with corset

AR 384-4 sz S/M with corset, inner, veil n shoes

AR 384-6 sz S/M with corset n veil

AR 384-9 sz S/M with corset, veil n shoes

Sunday, October 7, 2012

Butik Ar-rA

Butik Ar-rA (Ayien-Raimi Radiance Apparel) menitikberatkan fesyen yang terkini dan mengikut arus masa. Disamping cuba untuk  memilih fesyen yang tidak keterlaluan dan menutup aurat. Butik ini dikendalikan oleh Puan Ayien sendiri. Minat beliau dalam mengusahakan butik ini sudah mula dipupuk semenjak tahun 1996 lagi dimana beliau telah bermula dengan 50 pasang baju batik dan menyewa disebuah kedai milik sahabatnya iaitu Zie's Hair Stylist & Dress maker, Melawati, Selangor.

Kini, Butik Ar-rA telah mampu menerima tempahan jahitan baju pelbagai fesyen lengkap dengan sulaman manik dari tukang jahit VVIP. Kami juga menerima tempahan jahitan manik dari butik-butik lain, fashion designer (busana pengantin / pertunjukan pentas) dan orang-orang persendirian. Segala rekaan serta jahitan manik adalah dari ilham pemilik sendiri.

Butik Ar-rA juga mempunyai perkhidmatan sulaman mesin. Kami menerima tempahan nametag, logo-logo syarikat, sulam baju kurung dan baju kebaya. Kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga kami juga sedang mencari pemborong atau butik-butik yang berminat untuk menjualkan barang-barang sulaman kami seperti tudung bawal sulam batu / manik, tisu cover, terompah bersulam/bermanik.
 
Butik Ar-rA juga menyediakan perkhidmatan menyewa baju-baju pengantin lelaki dan perempuan serta baju-baju persalinan juga disediakan. Make up pengantin serta mini pelamin/pelamin tunang ataupun pelamin interior sahaja. Kebanyakkan projek kami adalah pengantin muslimah.(Tempahan baju, make up simple, makan beradab dan pelamin untuk ahli keluarga bergambar).

Dalam bidang andaman pengantin, segala kelengkapan perkahwinan disediakan dari menyewa barangan kecil seperti dulang hinggalah ke kelengkapan yang lebih besar seperti pintu gerbang dan pelamin.

Jika diperhatikan di setiap sudut Butik Ar-rA ini dihiasi dengan puisi-puisi yang diilhamkan oleh pemiliknya sendiri, Puan Sharinor atau lebih dikenali sebagai Ayien yang merupakan penulis skrip drama dan filem tempatan sambilan. Antara skrip yang pernah tersiar ialah Rumah Itu Duniaku TV3, Retak RTM2, Sinar Kasih TV3, Satu Dinding Dua Penjuru RTM1, Ghazal Untuk Rabiah Filem dan yang terbaru Hero Komik di RTM2.

Contoh-contoh jahitan manik